Pengesahan dan penentusahan

Pengesahan dan penentusahan ("validasi" dan "verifikasi") adalah prosedur bebas yang digunakan bersama-sama untuk tujuan penilaian samada sesuatu produk, perkhidmatan atau sistem memenuhi keperluan dan spesifikasi dan memenuhi tujuan yang maksudkan [1]. Ini adalah komponen kritikal bagi sistem pengurusan kualiti seperti ISO 9000. Perkataan penetusahan (verification) dan pengesahan (validation) kadangkala didahului dengan "Bebas" (atau IV & V), menandakan bahawa pengesahan dan penentusahan dijalankan oleh pihak ketiga yang tidak berkepentingan.

Kadang kala validasi diungkapkan dengan pertanyaan "Adakah anda membina benda yang betul?" dan verifikasi dengan "Adakah anda membinanya dengan betul?". Dalam praktis, penggunaan terma-terma ini berbeza-beza. Kadang kala mereka boleh diguna pakai secara silih berganti.

Mengikut panduan PMBOK, sebuah standard IEEE, mendefinisikan istilah-istilah ini seperti berikut dalam edisi keempat :[2]

"Pengesahan atau Validasi. Jaminan bahawa sesuatu produk, servis, atau sistem memenuhi keperluan pelanggan dan pihak berkepentingan lain dikenalpasti. Ia seringkali melibatkan penerimaan dan kesesuaian dengan pelanggan luar. Berbeza dengan verifikasi".
"Penentusahan atau Verifikasi. Penilaian samada sesuatu produk, servis atau sistem mematuhi dengan peraturan, keperluan, spesifikasi atau syarat yang dikenakan. Ia seringkali adalah proses dalaman. Berbeza dengan validasi".
  1. ^ Global Harmonization Task Force - Quality Management Systems - Process Validation Guidance (GHTF/SG3/N99-10:2004 (Edition 2) page 3
  2. ^ "IEEE Guide--Adoption of the Project Management Institute (PMI®) Standard A Guide to the Project Management Body of Knowledge (PMBOK® Guide)--Fourth Edition". m/s. 452. doi:10.1109/IEEESTD.2011.6086685. Dicapai pada 7 december 2012. Unknown parameter |lastname= ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search